Sunday, April 29, 2007

SAKIT-SAKIT SEDAP, BANG...

KISAH ini adalah mengenai sikap dan pendirian seorang gadis yang begitu berhati-hati di dalam mempastikan cintanya. Dia hanya akan menerima cinta yang benar-benar ikhlas, bukannya cinta yang didorong oleh nafsu serakah yang tidak bertempat. Mentelah lagi ilmu agama yang tebal dalam dirinya telah memberi ruang kepadanya untuk sentiasa berhati-hati di dalam menjalani cinta dan akan menolak seandainya cinta berkenaan lebih terdorong kepada nafsu yang akan menghancurkan masa depannya.

Di dalam keadaan arus kehidupan dunia hari ini, memang sukar hendak mendapati seorang gadis yang berdfikiran terbuka dn terus mempertahankan maruah dirinya berlandaskan agama begini, namun tidak mustahil masih ada manusia yang wujud seperti dia. Segalanya terletak pada diri sendiri dan terpulanglah pada diri itu untuk memikirkan buruk baiknya sesuatu perkara yang hendak dilakukan.
Apa yang dilakukan oleh gadis ini memang sesuatu yang harus dipuji dan boleh dijadikan ikutan oleh orang lain. Percayalah, ketulusan hati anda di dalam melaksnakan sesuatu perkara itu pasti akan mendapat pembalasan yang baik dari Tuhan. Contohnya gadis ini. Akhirnya dia telah ditemukan dengan seorang lelaki yang benar-benqr jujur dan ikhlas sehingga akhirnya mreka dijodohkan dan mendapat seorang cahayamata. Hidup mereka cukup bahagia. Tak mahukah anda mengecapi kebahagiaan dalam rumahtangga seperti gadis ini. Segalanya terletak pada anda. Kalau baik yang anda idamkan dalam hidup anda, maka baiklah yang akan terima dan begitulah sebaliknya.
Semoga anda berpuas hati dengan kisah ini. Dan sepeti biasa, pesan saya, yang baik jadikan renungan dan teladan dan yang tak baik jadikan renungan tetapi tiak untuk diikutkan. Semoga anda terhibur.

Kalau dibaca pada tajuk ini, tentu ramai yang menyangka ia sebuah kisah lucah yang tak sepatutnya di dedahkan di sini. Tapi jangalah anda cepat menuduh sebelum mengetahui kisah sebenar yang hendak aku ceritakan di sini. Bukanlah nak memerangkap anda supaya terus membaca kisah ini sampai selesai, tapi aku rasa hanya ini sahajalah tajuk yang paling sesuai kerana memang ada kena mengena dengan kisah yang akan paparkan ini.
Okaylah, sebelum aku panjangkan kisah ini, apa kata kalau aku perkenalkan siapa aku pada anda semua. Walaupun aku tidaklah sepopular artis ternama atau model terkenal yang anda akan ikuti kisah hidup mereka sampai ke lubang kubur, tapi aku rasa berilah aku peluang bercerita dan anda pula janganlah malu-malu atau segan nak membacanya hingga selesai. Setidak-tidaknya, mungkin anda boleh jadikan sepadan pada kisahnya atau setidak-tidaknya dijadikan renungan untuk anfa menentukan hala tuju hidup anda nanti.
Sebagai manusia memang kita tak menduga dan tak tahu apakah yang akan terjadi pada kita di masa akan datang. Walaupun kadang-kadang kita telah merancang dengan begitu teliti arah perjalanan hidup kita, tapi tak semestinya ia akan berjaya dan memenuhi peancangan itu. Sebaliknya memang banyak segala perncangan yang diatur tak menjadi kenyataan.

Keadaan ini bukan sahaja akan mengecewakan anda, tetapi juga mungkin menjadikan anda putus asa dan tak mahu lagi berusaha. Anada harus berfikir, apakah kekecewaan yang anda hadapi itu boleh menjadikan anda kecewa dan harus beputus asa, sedangkan peluang untuk anda membaiki kelamahan masih terbuka dan tidak mustahil pula satu hari nanti segala apa yang anda rancangkan itu akan menjadi kenyataan seandainya anda terus berusaha tanpa jemu dan penat.
Begitu juga dengan soal cinta. Sekali anda gagal janganlah pula anda terus kecewa dan tak mahu bercinta lagi. Kegagalan kali pertama iu sebenarnya mungkin akan lebih mematangkan lagi diri anda untuk menghadapi cinta seterusnya. Kesilapan yang berlaku di cinta pertama, sehingga akhirnya anda dan dia terpaksa berpisah, harus dijadikan ikhtibar agar untuk kali kedua percintaan anda tidak berlaku lagi seperti apa yang brlaku kali pertama itu.
Inilah yang sebenarnya yang mahu aku ceritakan. Kegagalan aku berkali-kali dalam percintaan telah menjkadikan aku benar-benar kecewa dan putus asa, tetapi akhirnya terpaks aku pada kehendak kerana sebagai manusia biasa yang msih muda, aku tak dapat melarikan diri dari melalui alam percintaan, apatah lagi kalau pecintaan itu dilakukan bersama lelaki yang memang menjadi idaman, atau dalam erti kata lain lelaki yang mempunyai cirri-ciri lelaki idaman aku sejak sekian lama.
Sudah menjadi tabiat aku sejak dulu, aku tak pandai berbohong dan tak pandai juga berdolak dalik dalam semua perkara. Sebab itulah selepas dua kali aku gagal dalam percintaan, aku tak teragak-agak untuk menceritaknnya pada kekasih aku yang ketiga. Aku jelaskan padanya yang aku telah gagal dua kali dan berharap untuk tidak gagal bagi kali ketiga kerana senadainya aku gagal kali itu, aku mungkin akan jadi gila.
Dia hanya tersenyum kemudian bertanya perasaan aku tentang kegagalan itu. Labntas aku tersenyum sebelum menjawabnya.

Aku katakana kepadanya yang kegagalan itu memang sakit, tetapi sedap. Sakit kerana sukar nak melupakan segala kenangan, tetapi sedap pula kerana terselamat dari menjadi mangsa cinta yang tidak jujur. Jadilah ia seperti kata orang, sakit-sakit, sedap bang...
Baiklah, apa kata kalau aku ceritakan dari awal apakah yang sebenarnya telah berlaku pada aku ini. Kalau tiba-tiba aku terus sahaja bercerita mengenainya tanpa hujung pangkal, tentu akan menjadikan anda terkejut dan tak faham apa sebenarnya yang aku nak ceritakan.
Kali pertama aku bercinta ialah semasa di bangku sekolah menengah, apabila aku telah jatuh cinta pada seorang teman sekelas yng memang menjadi rebutan rakan wanita lain. Dia seorang yang kacak dan punya penampilan tersendiri. Usah kata kawan sebaya atau budak-budak sekolah yang lain, guru-guru muda juga terpikat padanya. Pernah sekali tu, seorang guru muda yang memang cantik telah secara berterus terang meluahkan perasaan hatinya pada kawan aku ini. Memanglah kalau orang lain sudah pasti tidak akan melepaskan peluang itu, tetapi dia ni lain sikit. Dia mempunyai pendirian hidupnya sendiri.

Dia bukan dari ujenis lelaki hip-0krit yang mahu mempermainkan wanita untuk kepentingannya.
Lantas dia menolak cinta guru berkenaan atas alasan untuk menumpukan perhatian pada pelajaran. Kerana malu, guru tersebut telah minta ditukarkan ke sekolah lain. Begitu juga dengan rtakan-rakan perempuan yang lain. Tak kiralah dalam satu kelas atau dari kelas lain, rata-rata masing-masing mahu memikat dia, tetapi dia bukanlah dari jenis yang suka mengambil kesempatan. Walaupun sedar dirinya ada asset dan menjadi rebutan ribuan gadis, tapi dia tetap selamba. Setahu aku, dia masih belum punya teman wanita yang boleh digelar kekasih, sebaliknya dia lebih suka menumpukan pada pelajaran kerana dia mempunyai satu wawasan yang besar, iaitu mahu menjadi seorang peguam satu hari nanti.
Namun apabila dengan aku keadannya begitu berlainan sekali. Tak pernah walau sekali pun aku cuba untuk memikatnya kerana aku sedar siapa diri aku. Aku ibarat seekor pipit sementara dia pula ialah seekor enggang. Pipit dan enggang memang tak mungkin boleh terbang bersama, malah kalaupun dia mungkin boleh menerima aku, tetapi aku yakin, keluarganya tidak akan sudi menerima kau kerana aku bukan sahaja datang dari keluarga miskin, tidak seperti dia yang datang dari keluarga kaya, tetapi aku juga tidak sebijak dia.

Terus terang aku katakan, aku bersekolah kerana aku perlu mengikut keadaan semasa dan tak mahu ketinggalan dalam pelajaran, tetapi kalau dikatakan aku mempunyai cita-cita besar seperti dia, memang anda silap. Aku tak punya cita-cita, selain dari mahu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik dan solehah di sisi suami dan anak-anak.
Tapi aku sendiri tak tahu, kenapa dia begitu bersungguh-sungguh mahu mendampingi aku. Seperti ada satu kuasa yang telah menariknya untuk cuba menggoda aku. Tapi aku tidak mudah tergoda, apatah lagi setiap kali aku cuba hendak rapat dengannya, hati aku akan segera mengingatkan yang aku bukan selayaknya untuk dia. Aku tak rela dipermainkan, dan perasaan aku tak harus dirobek dengan cinta palsu dan pura-pura kerana aku yakin, lelaki sekacak dan sempurna dia sudah pasti akhirnya akan mencari wanita yang selayak dan setaraf dengannya satu hari nanti.
Tetapi aku tak berjaya untuk mengelak dari terlibat dengan cintanya setelah dia terus-terusan menggoda dan mendekati aku. Seperti ada satu kuasa yang tak mampu aku elakkan apabila dia terus tidak jemu menggoda aku. Tiba-tiba hati dan perasaan aku berubah. Tiba-tiba hati aku menyatakan bahawa aku tidak seharusnya menolak tanpa mencuba. Kalau aku terus dengan pendirian aku, maknanya aku akan menolak tuah. Lelaki sebaik dia sudah pasti tidak akan mempermainkan perasaan wanita. Kalaulah betul dia lelaki hipokrit atau cuba mengambil kesempatan, sudah pasti dia akan melayan setiap godaan yang datang kerana mana-mana wanita yang mahu mendekatinya pati akan sanggup melakukan apa sahaja, malah tidak akan menolak untuk neyerahkan tubuh badan sekalipun, kalaulah itu dijadikan syarat untuk sebuah cintanya.

Lantas aku memasang tekad untuk mencuba. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Aku tak boleh membuat sebarang andaian sebelum mencuba. Aku sepatutnya membuka ruang di hati untuk menerima cintanya, tetapi kalau boleh tidaklah sampai terlalu cinta kerana akibatnya memang terlalu berat dan mengecewakan.
Aku akan terus berhati-hati supaya tidak terjebak. Meskipun aku lihat dia memang seorang yang baik dan berpendirian, tetapi itu bukanlah lambing yang boleh menjadikan aku leka. Perangai dan sikap manusia memang berlainan dan sukar diduga. Apatah lagi dalam usahanya hendak memikat gadis yang disukainya, dia pasti akan menunjukkan kebaikan seboleh mungkin. Dan siapa sebenarnya dia akan terjawab selepas menjalin hubungan cinta. Jika tidak timbul sebarang masalah yang melibatkan harga diri, pastilah dia seorang yang jujur, jika sebaliknya ternyatalah cinta itu hanyalah palsu dan sekadar persinggahan untuk memenuhi kehendak hati dan runtunan nafusnya yang pastinya lebih dipengaruhi oleh syaitan.

Aku dan dia bercinta bagai nak rak. Pendek kata hidup kami adalah untuk kami sahaja dan tak boleh diganggu oleh orang lain. Memang ibu dan ayah aku menghalang dan menegah percintaan itu kerana tak mahu aku dijadikan bahan permainannya. Mereka yang lebih dahulu hidup tentu lebih arif tentang perkara itu. Dalam keadaan hidup sekarang, yang kaya pasti mahu mencari yang kaya juga dan bagi orang miskin, janganlah nak menebengkan diri di hadapan pintu rumah orang kaya kerana pasti tidak akan mendapat layanan. Itulah yang ayah dan ibu aku takut. Kalaupun mungkin aku akyhirnya akan dikahwinkan, tetapi mereka takut aku akan menjai hmba kepada mereka kerana wang ringgit dan kekayaan yang mereka ada sudah pasti mampu memberi apa sahaja termasuklah hati dan perasaan aku.
Dari nasihat ayah itu memang telah membuka mida aku. Terfikir juga aku tentang kebenaran andaian mereka itu, apatah lagi apabila aku tahu yang keluarganya memang materialistik. Malah telah sampai ke telinga aku yang ibu sertta ayahnya telah menentang habis-habisan percintannya dengan aku sebaik mengetahui siapa aku sebenarnya.

Walaupun dia telah brjanji dan bersumpah untuk terus memperatahan aku sebaik aku Tanya soalan itu padanya, tapi tetap dengan pendirian aku. Aku tak mahu menjadi mangsa kepada orang kaya seperti keluarganya. Aku tak mahu menjadi abdi kepada suami aku sendiri. Mungkin di sisi dia aku boleh mendapat bahagia, tetapi di belakangnya nanti, aku tetap akan menderita. Keluarganya sudah pasti akan berusaha sedaya upaya untuk cuba memisahkan kami. Aku rasa kalaulah aku sudah bergelar isterinya, kemudian terpaksa pula berpisah akibat tekanan keluarga, aku akan kecewa. Kesakitan dari kekecewaan tersebut sudah pasti sukar diubat. Lalu aku membuat keputusan untuk berpisah. Sebelum hati dan perasaan ini benwar-benar tak boleh dipisahkan lagi, lebih baik aku mengundur diri. Kalaupun kecewa dan sakit, tapi aku yakin ia mampu aku atasi. Aku sanggup menghadapi segalanya demi kebahagiaan hari depanku. Sakit tu memanglah sakit sebab terpaksa berpisah, tapi kesedapannya tetap ada.
Timbul sedikit kekecohan apabila aku menyatakan pendirian aku itu. Dia seolah-olah tak boleh menerimnya dengan hati terbuka. Tetapi di sebabkan segalanya terletak pada aku dan tidak ada sesiapa yang boleh mengubah keputusan aku, dia akhirnya menerima hakikat itu dengan penuh kecewa. Aku tak pasti, apakah kekecewaannya itu adalah sebuah kekecewaan yang datangnya dari hati yang luhur atau sekadar sebuah lakonan semata-mata.

Untuk sekian lama aku tidak mahu lagi bercinta. Pengalaman kecewa dari cinta pertama telah banyak mengajar aku supaya tidak teburu-buru untuk mencari cinta seterusnya. Tapi sebagai manusia aku tak boleh melarikan diri dari menerima hakikat itu apabila tanpa aku duga aku telah berkenalan pula dengan seorang pemuda yang satu pejabat dengan aku semasa aku bekerja di sebuah sektor swasta di Bandar.
Kalau nak dibandingkan antara dia dengan kekasih pertama aku dahulu, memang tak banyak bezanya. Dia juga seorang yang kacak dan pounya personaliti menarik, tetapi apa yang jelas dia memang agak buaya kerana akan melayan setiap godaan dari gadis atau wanita yang tergila-gilakan dia.

Entah kenapa aku boleh terp[erangkap pada permaianan cintanya, aku sendiri tak tahu. Mungkin Tuhan mahu menguji sejauh mana pendirian cinta aku boleh bertahan. Tanpa banyak kerenah pelawaannya untuk mengajak aku keluar kali pertama tidak mampu aku tolak. Kami telah keluar menonton wayang gambar an kemudian makan-makan sebelum pulang.
Tetapi apa yang jelas pada aku ialah sikapnya yang begitu ketara agak buaya dan cuba mahu mengambil kesempatan. Walaupun kali pertama keluar, dia dah berani memagang tangan aku semasa berjalan membuatkan bulu romaku meremang dan badanku seram sejuk. Aku yang tak pernah diperlakukan begitu oleh lelaki benar-benar terkejut dan takut. Tetapi aku tak mampu untuk menolak kerana tiba-tiba timbul pula perasaan segan untuk menghalang. Aku tak mahu dia keceawa dengan sikapku yang mana mungkin akan mengeruhkan hubungan kami kerana hati dan perasaan aku benar-benar telah jatuh cinta padanya.

Hampir tiga bulan percintaan kami berjalan dan dalam tempoj itu dia telah cuba sedaya upaya untuk memerangkap aku agar mengikut apa sahaja kehendaknya. Alhamdulillah, aku masih punya harga diri dan masih ingat dosa dan pahala. Aku masih sedar betapa situasi diri harus dipertahankan dan maruah serta status kegadisan tidak boleh diserahkan begitusahaja kepada yang bukan haknya. Lantas aku seboleh-bolehnya cuba mempertahankan selagi termampu dan di samping itu aku cuba mengingatkan dia supaya tidak mementingkan benda itu kalau mahu sebuah hubungan yang berpanjangan. Harapan aku supaya dia berubah.

Tetapi ternyata dia tidak mahu mendengar nasihat aku. Dari situlah aku mula terfikir yang dia mementingkan diri dan mempunyai matlamatnya tersendiri di dalam meneruskan cintanya dengan aku.
Dari situ juga aku terfikir betapa sebenarnya dia mahu menjadikan aku sandaran kepada nafsu serakahnya. Sebelum aku terperangkap dan menempuh kehancuran dalam hidup, lebih baik aku menarik diri kerana tidak rugi kalau aku kehilangan lelaki seperti dia. Tapi aku tidak boleh terus belkerja di di situ. Aku harus membuat keputusan nekad iaitu meninggalkan dia dan sekaligus berhenti kerja.
Selagi aku bekerja di situ sudah pasti kadaan tidak akan brubah. Dia sudah pasti akan cuba sedaya upaya untuk mengembalikan cinta kami. Itulah yang menjadikan aku tak sanggup hendak berhadapan dengannya lagi. Walaupun ayah dan ibu aku menasihatkan supaya aku tidak membuat keputusan terbuu-buru berhenti kerja hanya kerana seorang lelaki, tapi aku tetap dengan pendirian aku. Bagi aku cara itu lebih selamat dan boleh menghalang dari aku mengubah pebndirian aku.

Kalaulah keputusan aku itu boleh menjadikan ayah dan ibu susah kerana terpaksa menyara aku, aku sanggup meninggalkan mereka untuk berhijrah ke Bandar mencari kerja. Aku tak kisah. Yang penting aku tak mahu terjebak ke dalam kancah percintaan tidak ikhlas kerana aku tak sanggup menanggung derita di kemudian hari. Sekali lagi aku terpaksa menanggung sakit yang teramat sangat kerana putus cinta. Tetapi seperti sebelumnya, di sebalik kesakitan itu tetap terasa juga kesedapannya. Manakan tidak, aku sakit sebab putus cinta, tetapi aku juga sedap kerana terselamat dari menjadi mangsanya.S
Ha,pit enam bulan aku menganggur selepas itu. Puas juga aku memohon kerja tapi tetap tak berjaya. Seperti ada badi dalam hidup aku sebaik aku berhenti mendadak. Namun aku tak menyesal. Aku sanggup terus menjadi penganggur terhormat asalkan diri aku terselamat dari menjadi mangsa kebuasan nafsu lelaki. Aku tak mahu terperangkap ke dalam kancah percintaan yang tidak ikhlas. Selagi ayah dan ibu aku sanggup menyara aku, selagi itulah aku tak perlu bimbang, pun begitu tak bermakna aku akan terus berpeluk tubuh, sebaliknya aku terus berusaha untuk mendapatkan kerja walaupun hanya sebagai pekerja biasa di sebuah kilang.

Tapi seperti yang telah aku jelaskan di awal lagi, aku hanya mampu merancang dan mempastikan corak masa depan yang bakal aku lalui, namun takdir dan kehendak Tuhan tidak dapat aku elakkan. Aku telah berkenalan dengan seorang lelaki yang berhemah dan punya pendirian tegas dalam kehidupan. Walaupun aku tetap was-was dan ragu-ragu pada kejujurannya, tetapi aku tak dapat mengelak untuk menerima cintanya kerana aku tahu yang aku tidak ada pilihan lagi, apatah lagi penampilan serta perwatakannya benar-benar telah memikat hati aku.
Pun begitu aku tetap berhati-hati. Dan sebelum kami meneruskan hubungan tersebut, aku mahu dia berterus terang tentang matlamat dan tujuannya mencintai aku. Apakah kerana perasaan hatinya yang benar-benar ikhlas pada aku atau sebenarnya mempunyai niat lain yang jahat, yang mahu menghancurkan masa depan aku sebagai gadis serta mahu aku menanggung dosa yang tidak boleh diampunkan sepanjang hayat.

Aku ceritakan apa yang telah terjadi pada percintaan aku sebelum ini. Dia tersenyum mendengasrnya. Lantas dia bertanya lagi, apakah perasaan aku setelah melalui dua pengalaman pahit itu. Lantas aku katakana yang aku kecewa. "Sakit-sakit sedap, bang...." ujarku sambil tersenyum. Dia ketawa mendengar penjelasan aku. Selepas itu dia memuji aku dan kegum dengan pendirian yang aku pegang. Menurutnya, kalaulah semua gadis atau wanita berpendirian seperti aku, dia yakin tidak akan wujud kehidupan tidak bermaruah di kalangan remaja. Tidak akan berlaku sumbang mahram serta tidak akan juga lahirnya lebih ramai anak luar nikah. Tapi apakan daya, hanya terdapat seorang dua sahaja dalam seribu orang yang mempunyai pemikiran dan akal seperti aku.

Kembang juga segala-galanya yang ada ditubuh aku sebaik mendengar pujian itu. Maklumlah, itulah kali pertama dalam hidup aku mendapat pujian terbuka dari seorang lelaki yang aku sayang. Dan apa yang membuatkan aku segan dan benar-benar menghoramtinya, dia sering bertanya aku apakah aku tidak lupa pada solat lima waktu kerana menurutnya itulah tunggak sebenar kehidupan kita dan kalau aku mampu mempertahankan maruah diri serta pendirian aku, kalau aku lupa pada tanggungjawab itu, satu hari nanti dia yakin yanf aku akan kecundang juga kerana syaitan dan iblis akan terus-terusan menggoda dan merayu aku supaya terjebak. Pelbagai bayangan kenikmatan dan keseronokana akan diwujudkan di depan mata aku seandainya aku malukan perkara itu.

Terpengaruh juga pada dakwahnya. Memang ada kebenaran pada kata-katanya itu. Selama ini aku bangga dengan pendirian aku apatah lagi dua kali aku berjaya mempertahankan maruahku dari tergadai. Tetapi aku tidak terlintas langsung untuk melakukan solat lima waktu yang diwajibkan. Aku seolah-olah lupa pada tanggungjawab itu.
Namun apabila dia membuka ruang dan mengingatkan aku, aku jadi benar-benar insaf. Selama ini masih belum cukup amalan dan keimana yang ada dalam diri aku. Tiba-tiba juga aku rasa diri aku terlalu kerdil. Bukannya aku tak tahu nak melakukan solat-solat itu, malah aku telah mendapat didikan agama sepenuhnya dari guru mengaji di kampong aku. Tetapi entah kenapa aku boleh lupa pada tugas itu, sedangkan aku mampu dan boleh melaksanakannya.

Dari situ juga perasaan hati aku padanya semakin bertambah kukuh. Aku benar-benar yakin dia memang seorang lalaki baik. Mungkin sudah sampai masanya Tuhan mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang benar-bena dapat mendidik dan membimbing aku ke jalan yang lebih diredhai. Aku bersyuku dan berharap agar matlamat dan harapanku itu adalah benar. Aku tak mahu lagi dietemukan dengan lelaki hipokrit, yang cuba mengambil kesempatan dari kelemahan wanita seperti aku.
Lima bulan hubunqn cinta kami berjalan, tidak timbul seberang keadaan yang memudaratkan. Aku telah dididik dan diberi tunujuk ajar sepenuhnya mengenai ilmu agama. Walaupun kami sering bertemu, tetapi kami tetap menjaga batas serta susila masing-masing agar tidak timbul sebarang perasaan yang boleh mendorong kami melakukan hubungan terlarang.
Setelah hati dan perasaan masing-masing sudah faham dan saling memahami, akhirnya kami membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan kami dengan cara bersatu dalam ikatan suami isteri. Aku yang memang sudah bersedia untuk itu tidak mahu lagi menoleh ke belakang. Aku serahkan segalanya pada nasib. Seandainya memang telah ditakdirkan yang nasib aku tidak baik dalam rumahtangga, aku tidak akan dapat lari dari menerima keadaan itu walau dengan siapa juga aku berkahwin nanti.

Ibu dan ayahku juga tidak membantah. Pinangan kekasih aku itu telah diterima dengan hati terbuka. Akhirnya kami bejaya menjadi suami isteri yang sah. Aku akan membuktikan kepadanya yang aku adalah seorang isteri yang baik dan mampu memberikannya kebahagiaan seperti yang diharapkannya. Untuk mempastikan itu, aku terus belajar menguruskan rumahtangga dari ibuku. Tunjuka ajrnya benar-benar memberi kesan kerana aku telah berjaya meyakinkan suami aku sehingga kami dapat hidup dalam rumahtangga yang penuh harmoni dan bahagia.
Kini sudah tiga tahun usia perkahwinan kami dan dalam tempoh itu tidak pernah sekalipun kami berselisih faham. Ternyata dia memang seorang suami yang baik dan berpegang kuat kepada nilai agama. Kami kini telah dikurniakan dengan seorang cahayamata yang comel. Walaupun belum cukup, tapi kami bersyukur kerana anugerah itu sudah cukup untuk menjadikan rumahtangga kami benar-benar bahagia dan harmoni. Aku sentiasa berdoa agar rumahtangga itu akan terus kekal hingga ke mati.

Kepada anda pembaca semua, ingin aku berpesan. Jangan sesekali anda gadaikan harga diri anda hanya kerana perasaan cinta. Percayalah, cinta suci adalah cinta yang lhir dari hati dan perasaan yang benar-benar jujur dan ikhlas dari pasangan. Percayalah, kalau ada keikhlasan dalam percintaan itu, maka kebahagiaan tetap akan ebrpihak pada anda.
Tetapi jika anda mengamlkan cinta nafsu yang hanya semata-mata mahu memuaskan kehendak hati yang tidak pernah puas itu, anda pasti akan kecewa dan merana akhirnya. Percayalah kata-kata saya. Putus cinta adalah sesuatu yang menyakitkan. Lebih sakit lagi kalau diri anda sudah ternoda. Kalau anda sentiasa berpegang pada prinsip cinta bukan untuk dinoda, walaupun anda merasa sakit putus cinta, tapi sedapnya tetap ada. Kalau ank tahu di mana sedapnya, cubalah amalkan cinta itu. Insya-Allah, anda pasti akan menikmatinya nanti...

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.