Sunday, April 29, 2007

BILA ULAT BULU NAK NAIK DAUN

Dalam kisah ini pula, anda akan berpeluang membaca pengakuan dari seorang gadis yang hampir menjadi mangsa kebuasan nafsu seorang majikan yang sepatutnya bergelar ayah kepadanya. Kehidupan mewah yang disajikan oleh ayah dan ibunya yang memang kaya tidak menjadikan dia lupa diri.
Bimbingan dan tunjuk ajar tentang hal-hal agama yang diberikan oleh dua orang orang gajinya telah dijadikan pendinding diri untuk mendapatkan keselamatan kehidupan dan tidak mudah untuk sesiapa juga mempengaruhi dirinya agar terperangkap ke dalam kancah maksiat yang tidak bertempat.

Memang menarik kisah ini dan banyak pengajaran yang anda boleh perolehi darinya. Dari sini juga anda boleh membuat penilaian terhadap diri seseorang, terutama yang hidup mewah. Bukan semua orang kaya akan lupa diri dan tidak mengenal Tuhan. Bukan semua orang kaya juga tidak boleh diberi tunjuk ajar terutama dalam hal-hal yang berkaitan agama.
Ketabahan serta keluhuran budi gadis dalam kisah ini adalah contoh yang memang boleh anda ikuti dan contohi. Kalau anda ingin tahu apakah kisah yang berlaku itu, teruskanlah pembacaan anda hingga selesai. Percayalah, anda tidak akan rugi membacanya kerana banyak pengajaran yang akan anda perolehi nanti.
Dan seperti biasa, saya harap anda semua akan berpuas hati dengan kisah ini. Selamat membaca dan selamat terhibur dan jadikanlah buku ini sebagai teman setia anda kerana pengajaran dan peringatan yang diberikan di dalamnya mungkin boleh mendidik anda ke arah kebaikan.

Memang sukar rasanya untuk aku memulakan. Sebabnya, aku mulanya tidak bercadang untuk menceritakan semua ini kepada umum, sebab sedikit sebanyak akan menimpa batang hidung aku juga. Tapi setelah aku fikirkan dengan semasak-masaknya, aku rasa adalah lebih baik kalau pengalaman ini dikongsi bersama, sekurang-kurangnya mungkin dapat menjadi pengajaran kepada semua.
Memang hidup hari ini terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan rintangan, terutama kalau mahukan kejayaan. Punca kejayaan adalah melalui usaha gigih dan kerja keras, tapi di sebaliknya itu anda juga harus berhati-hati terutama kalau anda seorang wanita dan mempunyai seorang ketua yang buaya darat di pejabat.

Di sebalik kebaikan dan keluhuran budi yang ditunjukkan, tidak siapa menduga dia mempunyai satu niat yang tidak baik terhadap aku, dan mungkin juga pekerja wanita yang lain. Memang aku terperangkap dengan cara dan penampilan yang ditunjukkannya.
Setiap kali berjumpa dengannya di waktu pejabat, terutama yang melibatkan urusan kerja, dia tidak langsung menunjukkan kegatalannya. Sebaliknya, dia lebih menjurus kepada penumpuan kerja dan sentiasa mengingatkan semua pekerja supaya menghormati waktu kerja dan tidak mencampuri urusan peribadi dengan urusan kerja.
Perangai dan sikapnya bolehlah dianggap sebagai pijak semut pun tak mati ketika di depan pekerja, tetapi akan naik belang apabila berada di belakang mereka. Memang cerita tentang dia telah selalu aku dengar dari pekerja lain yang lebih lama dan lebih tahu tentangnya, tapi aku tak ambil kisah sebab bagi aku, semua itu adalah lumrah. Perangai lelaki tetap sama. Asalkan dia tidak mencampur adukkan kerja dengan hal peribadi, sudahlah.

Tapi apabila pada suatu hari, dia yang mungkin sudah tidak dapat mengawal diri, telah cuba untuk menggoda dan menewaskan keimananku, benar-benar telah menjadikan aku terkejut dan sekaligus bertindak kasar terhadapnya. Aku terpaksa memaki hamunnya engan kata-kata kesat dalam usaha aku nak melepaskan diri dari terperangkap di dalam godaannya.
Memang hasil dari tindakan aku itu telah membuahkan hasil. Walaupun dia nampaknya tak puas hati, tetapi yang penting aku terselamat. Aku tidak terpedaya dan tidak mudah dibeli. Maruahku tidak tercemar dan aku juga telah berjaya mempertahankan statusku sebagai anak gadis walaupun ketika itu aku benar-benar berada di dua persimpangan, antara menyerah dan mendapat habuan lumayan, atau melawan dan dibuang kerja.

Aku memang telah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berada dan kebetulan aku pula anak bongsu dari tiga beradik. Ayah aku seorang ahli perniagaan dan ibu aku pula seorang ahli politik yang berpengaruh. Kebetulan abang dan akak aku berada di luar negara melanjutkan pelajaran, dan di rumah hanya tinggal aku ,ibu dan ayah dan dibantu oleh dua orang gaji yang seorang sebagai tukang masak dan seorang lagi tukang cuci.
Kesibukan ayah dan ibu benar-benar telah menyisihkan aku dari menerima ilmu agama yang sepatutnya. Nasib baiklah kedua-dua orang gaji wanita yang sudah berumur itu sentiasa membimbing aku mengenai agama dan aku sering diingatkan supaya tidak lupa diri. Aku juga telah diperkenalkan dengan dosa dan pahala serta sering juga diingatkan pada perkara-perkara yang boleh dan tak boleh aku lakukan dalam hidup, seandainya aku mahukan hidup sempurna dan bahagia selamanya.
Sebenarnya memang aku tak mahu bekerja di syarikat ayah aku, sebab tak mahu dikongkong dengan hal-hal itu dan ini. Walaupun aku boleh menjawat jawatan tinggi jika aku bertugas di ibu pejabatnya, tapi aku lebih suka menjadi setiausaha kepada majikan lain, kerana aku boleh menimba banyak pengalaman di samping membuka minda kepada satu arah yang tidak membabitkan keluarga.

Aku mahukan kebebasan untuik memilih dan menentukan masa depan aku. Aku tak suka kalau pekerjaannku dikongkong dan segala apa yang aku lakukan tidak ditegur atau diprotes. Bagi aku cara itu tidak akan memberikan aku pengalaman, sebaliknya akan menghancurkan masa depan dan kerjaya aku.
Sebab itulah aku sanggup bekerja dengan orang lain dan menerima gaji yang jauh lebih rendah. Yang penting bagi aku adalah kebebasan dalam melakukan kerja di samping mendapat wang hasil dari titik peluh sendiri dan bukannya dari kantung ayah sendiri.
Mulanya memang ayah dan ibu menentang keras keputusan aku itu, tetapi di sebabkan aku begitu bersungguh-sungguh mempertahankan hak aku, akhirnya mereka terpaksa mengalah. Biarlah tempat atau jawatan yang telah ditetapkan pada aku diisi oleh orang lain. Biarlah gaji lumayan yang ditawarkan kepada aku itu terlepas pada orang lain, yang penting aku puas kerana dapat keluar dari belenggu keluarga yang jelas pada aku tidak begitu menitik beratkan soal kepentingan kasih sayang, selain dari terlalu mementingkan kekayaan dan kepentingan sendiri.

Ibu contohnya, terlalu pentingkan kedudukannya dalam politik, sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawabnya terhadap aku sebagai anak kandungnya. Dia hanya menyerahkan sepenuh penjagaan dan perhatian pada orang gaji, sedangkan dia lebih banyak menghabiskan masanya dalam politik dan akan membuat amal itu dan amal ini, semata-mata mahukan namanya disebut sebagai ahli poltik yang aktif.
Nasib baiklah kedua-dua orang gaji kami tu baik dan bertimbang rasa. Walaupun tidak disuruh atau diminta ibu untuk mengaga aku, tetapi kedesaran yang wujud dalam diri mereka telah membuka pintu hati mereka untuk membimbing aku ke jalan yang benar. Kalau tidak, aku sendiri tak tahu apakah sudahnya nasib aku. Sebab itulah hubungan aku dengan kedua-duanya begitu akrab dan rapat, malah aku sendiri tidak pernah merasakan yang mereka adalah orang gaji, malah lebih dari itu aku mengaanggap mereka adalah nenek kepada aku.
Bagi ayah pula, setiap saat masa mendatang terlalu berharga buatnya. Kalau dia melakukan kerja tak berfaedah dalam tempoh setengah jama sahaja, kononya dia akan mengalami kerugian besar yang jumlahnya beratus ribu ringgit. Sebab itulah dia t6ak mahu ambil tahu hal-hal keluarga. Dia lebih pentingkan perniagaannya. Baginya kekayaan dan kemewahan yang dimiliki boleh membuatkan aku bahagia.
Cakap apa sahaja yang aku hendak, dia tak akan mengecewakannya. Malah ketika menyambut hari jadi aku yang ke 18 lalu, dia telah menghadiahkan aku sebuah kereta sport mewah, walaupun ketika itu aku belum mempunyai lesen memandu.
Tapi entahlah, aku sendiri tak tahu kenapa semua itu tak dapat aku terima dengan hati terbuka. Bagi aku, kehidupan dalam keluarga aku terlalu jahil dan asing sekali. Aku ketandusan kasih sayang ayah dan ibu. Masing-masing jarang bertemu kerana masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri sehingga mereka tak punya masa untuk bersama.
Setiap malam ibu akan balik lewat kerana menghadiri mesyuarat di sana sini. Ayah pula kalaupun balik cepat, tetapi punggungnya tak boleh lama di rumah. Paling lama dua jam, lepas itu pasti dia akan keluar semula, kononnya mesyuarat pernigaan atau berjumpa rakan kongsi dan pelbagai lagi.

Aku tak pasti, ke manakah sebenarnya matlamat atau haluan mereka, yang aku tahu, kadang-kadang ibu balik dah hamper suboh dan ayah pula terus tak balik, dan kadang-kadang tu, kedua-duanya tak balik. Aku tak tahu di mana mereka tidur dan apa yang sebenarnya ,mereka lakukan.
Bayangkanlah, kalau anda berada di dalam situasi saya, apakah anda boleh terima. Kemewahan yang menglilingi anda pasti tidak akan dapat membahagiakan anda jika ibu dan ayah langsung tak ambil tahu pasal anda. Aku masih mampu mempertahankan maruah aku kerana dua orang gaji aku telah menjadi pendinding kepada aktiviti soaial aku. Kalaulah tidak kerana mereka, mungkin aku tidak jadi seperti yang aku jadi sekarang. Mungkin hidup aku jadi liar dan aku akan mempergunakan kemewahan yang aku ada untuk mencari kebebasan dan kepuasan hidup.
Sebab itulah aku tak mahu bekerja di sayarikat ayah aku walaupun ditawarkan. Aku lebih suka hidup cara aku sendiri dan kalau boleh aku tak mahu ayah dan ibu aku campur urusan aku. Dengan gaji yang aku terima sebagai setiausaha di sebuah syarikat hartanah ternama, aku mampu hidup sendiri.

Aku mampu menyara kehidupan aku tanpa meminta bantuan ayah dan ibu. Aku boleh tinggal di rumah mewah atau kondo mewah kalau aku mahu. Tetapi di sebabkan aku mengenangkan kedua-dua mak cik orang gaji aku, menjadikan aku membatalkan hasrat aku untuyk tinggal sendiri, kecuali mereka mahu terus bersama aku.
Memang aku telah menawarkan mereka untuk tinggal bersama aku, tetapi mereka menolak. Mereka tak mahu ayah dan ibu aku kecewa atau kecil hati jika mereka mengikut aku. Mereka dari jenis manusia yang mengang budi. Kerana ayah dan ibu akulah mereka dapat membentuk kehidupan sempurna. Mereka telah dapat menyara keluaga di kampong kerana gaji yang diterima mereka agak lumayan juga.
Lantas aku membuat keputusan supaya tidak meninggalkan rumah mewah yang disediakan ayah itu. Aku buta tak tahu sahaja. Biarlah kami hidup cara kami sendiri. Setiap hari ,inggu aku akan membawa diri aku untuk merehatkan fikiran dengan berkelah di tempat-tempat perkelahan ternama. Di sana aku akan benar-benar menggunakan kesempatan berehat itu untuk melupakan segala masalah yang aku hadapi. Aku mahu menjadi seorang manusia sempurna walaupun tanpa mendapat perhatian ibu dan bapa.

Dalam soal hati dan perasaan pula, aku memang turut mempunyai perasaan untuk dicintai dan mencintai. Bukannya tak ramai lelaki yang cuba menggoda aku, yang cuba mencuri hati dan perasaan aku. Tetapi entahlah, aku sendiri tak tahu kenapa hati aku begitu liat dan sukar untuk menerima lelaki dalam hidup.
Melalui penglihatan aku terhadap pasangan bercinta dan juga berdasarkan dari pembacaan aku tentang cinta, aku rasa kebanyakan dari cinta di zaman ini tidak labeih dari dorongan nafsu, bukannya lahir dari hati dan perasaan yang benar-benar kasih dan sayang antara mereka. Telah banyak aku dengar berita tentang gadis yang membuang anak yang dilahirkan tanpa nikah serta tindakan gadis yang cuba membunuh diri kerana ditinggalkan kekasih setelah segala yang ada dalam diri diserahkan sepenuhnya.
Ternyata cinta zaman ini penuh dengan sifat hipokrit. Lelaki sanggup berjanji dan bersumpah untuk setia pada cinta, teta[pi semua itu hanyalah palsu belaka. Ungkapan cinta yang terlafaz dari mulut mereka hanyalah untuk mendapatkan sesuatu yang berharga yang ada pada diri gadis. Selepas itu, kirim salam dan selamat tinggal. Bunga bukan sekuntum. Telah dilayukan bunga matahari, mnereka akn cuba melayukan pula bunga kiambang atau setidak-tidaknya bunga tahi ayam. Yang penting bukan nama bunga itu, tetapi madunya yang sudah pasti manis dan melekit-lekit.

Bukanlah bermakna yang aku antikan lelaki. Cuma aku tak mahu menjerat diri aku hanya semata-mata kerana cinta kononnya. Aku lebih suka menyerahkan jodoh pertemuan aku kepada Tuhan. Siapa juga lelaki yang telah ditentukannya untuk menjadi suami aku nanti, itulah yang akan aku terima. Lagipun aku rasa senang dan puas dengan cara itu kerana apa sahaja yang aku lakukan tidak siapa yang menghalang. Aku jadikan mak cik-mak cik orang gajiku sebagai tempat rujukan sesuatu masalah yang bekayian dengan kehidupan. Maknanya, jika aku mengahadapi sesuatu masalah yang berkaitan dengan diri dan masa depan, aku akan bertanya mereka. Nasihat merekalah yang aku ikut dan setakat ini tidak berlaku sesuatu yang tidak dingini dan hasil dari nasihat-nasihat itu juga aku telah berjaya menjadi seorang manusia yang takut pada dosa dan tak sangup untuk mati disumbatkan ke neraka.

Berbalik kepada kisah aku dengan majikan aku, sebenarnya dia memang seorang lelaki yang baik pada zahirnya. Sejak dari hari pertama aku mula bekerja dengannya, dia nampak begitu serius dan tidak langsung menunjukkan sebarang tanda yang dia sebenarnya ialah buaya. Apabila aku Tanya kenapa setiausaha lamanya berhenti dia dengan pantas menjawab yang dia telah berkahwin dan suaminya tidak mahu dia terus bekerja. Lagipun diusianya yang mugkin lebih tua dari ayah aku, takkanlah dia nak buat yang bukan-bukan pulak. Kalau betul sudah tentu pekerja lain yang ada di pejabat itu akan memberitahu aku.
Cuma beberapa orang pekerja wanita yang tak kurang cantiknya dari aku, telah mengingatkan aku supaya berhati-hati sebab boss kami tu memang gatal dan buaya besar orangnya. Mereka sendiri pernah dicubanya, tetapi tak berjaya sebab mereka bijak dan tahu taktiknya sejak awal lagi.

Namun aku tak mahu mendengar nasihat itu kerana bagi aku mereka sebenarnya cemburukan aku. Mungkin mereka merasakan kehadiran aku sebagai setiausaha di dalam [pejabat itu telah mengugat matlamat mereka untuk menggoda boss kami kerana dari apa yang mereka tunjukkan jelas antara mereka seolah-olah mahu berlumba menunjukkan kecantikan dan setiap kali berjumpa boss, masing-masing akan menunjukkan penampilan yang memang menggoda.
Sebagai setiausaha aku memang rapat dan sering berdamping dengan boss. Malah untuk urusan tertentu di luar, aku kadang kala dikehendaki mengikutnya, terutama yang melibatkan hal-hal pejabat. Ini tidak terkecuali ke luar daerah atu Negara. Tapi bagi aku semua itu adalah perkara biasa bafi seorang setiausaha.
Sepanjang aku bekerja dengannya, aku telah melawat beberapa buah Negara Asean seperti Bangkok, Manila, Jakarta dan Brunei. Tapi jangan salah faham pulak, setiap kali kami keluar Negara atau ke luar daerah, aku akan menginap di hotel yang sama dengan boss tapi di bilik yang berasingan.
Sepanjang tempoh itu belum pernah walau sekalipun boss aku menunjukkan sikap sebenarnya. Inilah yang menjadikan aku amat percaya pada kejujurannya. Setiap apa yang dfiperkatakan oleh rakan-rakan pejabat tentang boss, aku tak anggap sebagai serius. Hanya aku yang tahu siapa dia sebenarnya dan aku tidak boleh terpengaruh dengan mereka. Pun begitu aku tetap berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu. Aku sentiasa berpegang pada prinsip, air yang tenang jangan disangka tak ada buaya.

Pada suatu hari, aku terpaksa menemankan boss aku ke Singapura kerana ada mesyuarat besar yang harus dihadirinya di sana. Seperti biasa, sebelum kami pergi, dua buah bilik telah ditempah di sebuah hotel mewah di Negara berkenaan. Biasanya bilik aku dan bilik boss mesti berjauhan jaraknya keana kami tak mahu nanti akan timbul sebarang syak wasangka dari pekerja lain.
Tetapi untuk kali itu aku benar-benar terperangkap. Ternyata boss aku telah memasang perangkap dan hasratnya selama ini untuk meratah tubuh aku akan dilaksanakan di Rupablik itu. Sebenarnya tida ada sebarang mesyuarat seperti yang dikatakan, sebaliknya dia lebih mahu merapati aku serta mahu meluahkan perasaan serta melepaskan nafsunya pada aku.
Kisahnya, selepas makan malam di hotel berkenaan, aku telah pulang ke bilik dan mahu tidur awal sebab besok pagi-pagi aku kena bangun untuk bersiap kerana biasanya kalau sesuatu mesyuarat akan diadakan, kami terpaksa bergerak awal pagi untuk mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Ketika aku sedang terbaring di katil, tiba-tiba locen bilik aku berbunyi, menandakan ada tetamu tidak diundang yang datang.

Aku terperanjat juga sebab setahu aku, aku tak punya kenalan di kota Singa itu.
Pun begitu aku tetap bangun untuk membuka pintu. Manalah tahu kalau-kalau pekerja hotel datang hendak menghantarkan sesuatu. Tetapi dadaku berdebar apabila melihat melalui lubang pintu, aku nampak boss aku sedanfg tercegat di depan pintu. Aku mula tertanya-tanya, apakah yang dia mahukan di tengah-tengah malam buta begitu.
Mahu tak mahu, aku mesti membuka pintu kerana mungkin ada sesuatu yang hendak diberitahunya tentang tugas esok. Dan sebaik pintu terbuka, dia terus tersenyum dan meminta maaf kerana menggangu aku di tengah malam itu.
Aku tidak mempelawanya masuk, tetapi dia dengan sendiri masuk. Aku tak boleh nak menghalang sebab aku rasa berat mulut nak menyatakan jangan masuk. Dia berjalan terus ke ruang tamu dan duduk di sofa yang telah tersedia di situ. Aku hanya memerhatikan sahaja tingkahnya dan hati aku mula berdebar. Pelbagai bayangan yang timbul dalam benakku. Sepanjanh hidup aku, itulah kali pertama aku bersama lelaki di dalam bilik sumyi begitu. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku seandainya aku alali nanti.

Lalu aku tutup kembali pintu dan terus mendapatkannya. Aku yang hanya berbaju tidur nipis it uterus duduk di hadapannya. Untuk mengelak dari ia melihat isi dalam yang ada pada tubuh aku akibat kenipisan baju tidurku, aku ambil se4limut dan menyelimuti tubuhku itu. Dia nampak macam kecewa.
Aku lantas bertanya apakah sebenarnya tujuan dia datang ke bilik aku. Dia denan selamba menjawab yang dia mahu memberitahu aku bahawa mesyuarat yang sepatutnya di adakan esok hari telah dibatalkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Oleh kerana kami telah menemnpah bilik selama tiga hari, jadi kami terpaksa menghabiskan waktu itu dengan berhat sahaja. Lega rasa hati aku mendengarkan penjelasan itu.
Kemudian aku lihat wajahnya sedih, seperti ada sesuatu yang tak kena. Lantas aku pun bertanya kenapa keadaanya begitu kerana sebelum itu dia nampak ceria dan bahagia. Dia terpaksa mengambil masa yang agak panjang sebelum menjawab pertanyaanku. Dia memandang aku dalam-dalam, seolah-olah mahu melihat apa yang ada di tubuhku. Aku jadi takut dan tunduk.

Kemduian dengap perlahan-lahan dia menyatakan yang dia sebenarnya amat mencintai aku dan berharap aku akan menerima cintanya. Setelah sekian lama dia cuba untuk menyembunyikan keadaan itu, tetapi dia akhirnya tidak berjaya untuk terus menahan perasaan. Dia berjanji akan memberikan aku apa sahaja yang dia ada, asalkan aku sanggup menerima cintanya dan bersedia pula untuk menjadi isteri ketiganya.
Aku terperanjat mendengar penjelasan itu. Tak sangka, selama ini dalam diam-diam dia menaruh hati pada aku. Ternyata dia adalah ulat bulu. Aku tidak boleh terperangkap dengan helahnya. Aku tahu dia akan melakukan apa sahaja ke atas aku malam itu, sama ada aku menerima cintanya atau sebaliknya.
Dia mula bangun dan mendapatkan aku. Dari air muka dan riak wajahnya aku faham dia mahu menghancurkan masa depanku. Dia mahu memenuhi runtunan nafsunya. Memang aku tidak mampy melawan dan tiada sesiapa yan akan datang menolong aku. Bilik itu terlalu besar dan terlalu asing dari orang lain. Kalau aku tersilap langkah atau tersilap perhitungan, sudah pasti aku akan menaggung padah.
Di saat dia emakin menghapiri aku yang masih lagi duduk di sofa itu, aku sempat memikrikan cara yang boleh aku lakukan untuk mengelak dari menjadi mangsanya. Ulat bulu dah mula nak naik daun. Kalau daun tidak kuat dan mudah untuk diratah, maka akan hancurlah daun itu, tetapi kalau daun itu mempunyai helah dan kekuatan untuk mengelak dari menjadi mangsa bahaman, sudah pati aku akan selamat.

TIba-tiba aku mendapat semangat. Aku memujuknya supaya tidak terlalu gelojoh kerana kono aku juga sebenarnya memang menaruh hati dan perasaan terhadapnya sekian lama. Aku mahu apa juga yang akan kami lakukan nanti menapat nikmat yang benar-benar nikmat dengan cara saling membei dan menerima. Ternyata jerat aku mula mengena.
Dia berhenti dari bertindak dan aku mengambil kesempatan itu untuk bangun dan terus menuju ke katil. Kemudian aku menyuruhnya mencuci badan dengan mandi supaya lebih segar dan lebih bermaya. Aku kononnya akan sabar menunggu kerana memang itulah yng aku harapkan dari dia selama ini. Dia mula masuk perangkap.
Aku tolong membukan bajunya dan kemudian memberikannya tuala mandi. Aku hantar dia ke bilik mandi. Sebaik aku dengar pancutan air dari bilik mandi berkenaan, aku tidak berlengah lagi. Dengan pantas aku menukar pakaian dan mencapai bag aku dan segera keluar dari bilik itu. Aku dengan pantas berlari ke lif dan terus turun ke lobi. Sampai di sana aku beritahu penjaga kaunter tentang apa yang berlaku dan aku akan keluar dari hotel tersebut ketika itu juga.

Melalui bantuan pelayan hotel berkenaan, aku telah didapatkan sebuah teksi dan dihantar ke sebuah otel lain yang ahak jauh jaraknya dari hotel berkenaan. Aku minta pmandu teksi itu supaya tidak membika rahsia di mana aku berada kerana esok, pagi-pagi aku akan kembali ke Kuala Lumpur. Aku telah membuat keputusan untuk berhenti dan tak mahu lagi bertemu muka dngan boss aku itu.
Aku tahu, kalau aku menaiki kapal terbang, tentu dia akan menunggu aku di Air Port. Aku membuat kep[utusan untuk balik dengan bas ekspress. Walaupun terpaksa memakan masa yang lama untuk sampai, tetapi aku rasa lebih selamat. Lagipun aku tak mahu dia menunggu aku di air port kerana aku benar-benar dah tak sanggup lagi nak menatap wajahnya yang tua keladi itu.

Sampai di Kuala Lumpur, aku terus pulang ke rumah dengan teksi. Aku ceritakan segalanya kepada mak cik-mak cik orang gajiku. Mereka terperanjat dan bersyukur kerana aku selamat. Mereka tak sangka, aku mempunyai satu semangat luar biasa dan tak mudah mengaku kalah. Kalaulah aku cepat mengalah atau menggelabah. Kalaulah aku cepat mengalah atau menggelabah, temntu aku sudah menjadi mangsa si ulat bulu yang sudah mula hendak naik daun itu. Menurut mereka, ulat bulu kalau sempat naik daun, sudah pasti sukar untuk dielakkan dan kesan darinya memang tidak mampu dilupakan sepanjang hayat.

Esoknya, aku terus menelefon Pegawai Sumber Manusia di pejabat aku dan menyatakan yang aku akan berhenti 24 jam. Aku brikan sebab aku sendiri kenapa aku bertinak demikian. Memang aku tak mahu mendedahkan kisah sebenar demi kebaikan boss aku itu, tetapi pegawai berkenaan seolah-olah sudah tahu apa sebenarnya yang berlaku, apatah lagi tindakan aku berhenti itu sebaik pulang dari Singapura.
Sejak itu aku tak bercadang untuk bekerja di tempat lain lagi. Aku telah buat keputusan untuk memenuhi jawatan yang ditawarkan oleh syarikat ayahku sekian lama. Aku rasa di tempat itu nanti aku akan lebih selamat kerana tidak ada sesiapa yang akan berani mengacau atau cua nak melakukan sesuatu pada aku.

Apabila aku kenangkan kembali kisah itu, aku bersyukur kerana tak makan pujuk dan tak cepat terpengaruh dengan harta benda yang dijanjikan. Mungkin kemewahan hidup yang aku miliki telah berjaya menghalang aku dari gelap mata. Kalau tidak mungkin aku telah menjadi mangsa kepada ulat bulu yang naik daun. Percayalah, walaupun aku tidak mendapat didikan agama yang cukup dari ibu dan bapa, tetapi didikan dari orang gaji sudah cukup untuk menyedarkan aku pada keadaan hidup sebenarnya. Aku kenal dosa dan pahala dan aku tahu juga yang baik dan sebaliknya. Semoga apa yang berlaku pada aku ini tidak akan berlaku pada orang lain dan berhati-hatilah. Ingatlah pada diri dan sentiasa insf pada keadaan hidup. Jangan sesekali anda mudah terpengaruh pada harta benda dan kemewahan yang belum pasti sehingga nada sanggup menggadaikan maruah diri. Ingatlah, maruah diri bukanlah harga yang boleh ditawarkan dengan wang dan harta benda. Ia terlalu mahal dan tidak mudah dibeli oleh sesiapa dengan sewenang-wenangnya. Semoga pengalaman aku ini akan menjadi ikhtibar pada anda semua...

1 comment:

Anonymous said...

Play Free Online Casino Games with King Cobra Slot - Shootercasino
Play 제왕 카지노 online casino games with King Cobra Slot with 100% up to €500. งานออนไลน์ Play on SlotsMillion Casino - the best online casino with bonuses, free 메리트카지노 spins,